Minggu hadapan dia akan berangkat ke Iowa. Masa yang ada ini digunakan untuk menyelesaikan segala benda yang patut. Urusan kedutaan dan sebagainya. Barang barang untuk di bawa kesana dia susun sedikit demi sedikit utnuk mengelakkan keadaan tidak menjadi kelam kabut nanti.
"abang!" Anna di muka pintu menegurnya
"ye sayang, kenapa?" dia menjawab tanpa berpaling ke arah Anna. Sibuk menyusun barang ke dalam bagasi
"abang macam tak sedih je nak tinggalkan Anna, macam suka je nak ke sana, nanti Anna tinggal seorang tau" Anna mengadu. Dia duduk di birai katil memerhatikan Iskandar memasukkan barang ke dalam beg.
Terpana dengan kata kata Anna, ISkandar menghentikan pekerjaannya. Dia melangkah ke arah adiknya. Duduk disamping.
"Anna, abang ke sana untuk belajar, siapa kata abang tak sedih nak tinggalan Anna, Anna satu-satunya adik abang yang abang ada, janganlah sedih macam ni, minggu depan baru abang nak pergi, ada seminggu lagi Anna nak bermesra dengan abang" Iskandar mengenyit matanya, mengusik
Senyum terpamer di pinggir bibir adiknya. Dah terpujuk la tu.
"bosan la Anna nanti, tidak ada siapa kat rumah, tidak ada siapa nak belanja Anna makan ais krim"
Iskandar tertawa. 'manja la adik aku ni' "ala, nanti mintak mama belanja pulak, takpe, kalau Anna rindu abang kita chat tiap-tiap hari okay? Don't be so sad my dear, you are growing up to be seorang wanita. You are not a girl anymore, you are become a woman, kena matang sikit, belajar berdikari, belajar memasak"sempat lagi dia mengusik
Tak tunggu lama Anna terus mencubit lengannya, "abang ni saje tau, tau la Anna tak pandai memasak" Anna mendengus geram
"ala, gurau je, meh meh abang pujuk meh" pujuk Iskandar dengan ketawa yang masih bersisa
"abang!"
Keberangkatannya kian karib. Tinggal beberapa jam cuma. Mama dan Anna sahaja yang menemaninya ke KLIA. Ayahnya sekadar mengantarnya ke muka pintu. Bilangnya mahu berehat di rumah sahaja. Dia hanya mengangguk mendengar kata ayahnya.
"ayah, abang dah nak berangkat dah ni" sapa Iskandar sebelum berangkat ke airport
"ayahnya hanya mengangguk, sambil meneruskan pembacaan surat khabarnya
Iskandar terasa hati. Namun dibiarkan. Tidak mahu telalu melayan perasaan. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam
Lama sekali dia menghulur baru ayahnya menerima salam tersebut. Itu pun dalam keadaan terpaksa setelah mama menegur. Dia mencium tangan ayahnya tanda hormat sebelum melangkah keluar ke kereta
Sebaik tiba di KLIA dia terus check-in di kaunter. Kaunter untuk check-in baru sahaja di buka. Dia bergegas menyelesaikan tugasnya. Sehabis check-in dia berbual dengan mamanya
"abang, mama mintak abang jangan ambil hati dengan perangai ayah ye, insya4JJI suatu hari nanti ayah berubah"
Iskandar hanya mengangguk lemah, tidak bersuara. Tidak tahu untuk membalas apa
"mama tahu abang sedih dengan perangai ayah tu, tapi abang dah besar, harap abang banyak bersabar, sabar itu indah sayang" mama menyambung lagi, Anna disebelah mama hanya diam membisu
"belajar elok-elok masa kat sana nanti, solat jangan tinggal, jangan buat perkara yang tak elok, ingat Tuhan selalu, yasin, Al-Quran jangan tinggal. Itu pegangan kita sebagai umat islam.
"insyaAllah ma, doakan abang berjaya"
"mama sentiasa doakan kejayaan anak anak mama, mama tidak pernah lupa perkara tu"
Iskandar menyalami mama, mencium pipi lantas memeluk mama. Mama dilihatnya sudah mengalirkan air mata. Anna menyalami Iskandar. Iskandar mengusap-ngusap pipi adiknya. Sempat dia berpesan belajar dengan rajin.
Dia melangkahkan kaki menuju ke eskelator, menunjukkan pas kepada imigresen dan menuju ke ruang menunggu. Pramugari MAS ramah menunjukkan arah. Dia berpaling melambai ke arah ibu dan adiknya. Dia mengeluarkan passport untuk menuju ke ruang menunggu melalui autogate. Apabila melalui autogate, mama dan adiknya sudah tidak kelihatan. Dia menarik nafas panjang. 'Iskandar Amir, kehidupan barumu baru bermula'. Dia melangkah yakin menuju ke hadapan, ke ruang menunggu sebelum berlepas…
{tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sediri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfudz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya,yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.} (QS. Al-Hadid:22)
{Dan, sungguh Kami akan berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.} (QS. Al-Qamar:49)
Finished
2032. 08052007
Azz arhazza musir